Monday, September 14, 2009

3 Cara Untuk Melatih Kekuatan Minda

Lebih banyak Anda menggunakan minda, lebih tajam pemikiran Anda, lebih banyak idea-idea kreatif tercetus tetiba. Berfikir lebih banyak, membayangkan sesuatu lebih banyak dari biasa dapat mengaktifkan minda, tapi tak akan menjadikan Anda gila atau “mereng” seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang skeptik dan orang-orang pesimis.

3 cara berkesan melatih kekuatan minda adalah:

1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas - latih diri Anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.

Misalnya, 12X36, 35+42, 342-177. Selesaikannya melalui bayangan minda atau melalui tulisan di atas kertas.

Lakukan dengan pantas!

Lebih banyak Anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda Anda semakin bertenaga, aktif, semakin tajam.

2. Bersuara dengan kuat - menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara Anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.

Pergerakan darah Anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh Anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.

3. Pernafasan terarah
- Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.

Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda Anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.

Bagaimana yang dikatakan minda yang kuat?

Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat, memperoleh gerak hati yang tajam.

Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif Anda.

Lagi satu, Anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa Anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya.

Anda sungguh bertuah, sebab maklumat ini tak didedahkan ditempat lain.

Gunakan ia sebaik mungkin.

1 comment:

Shaiful said...

Ismail,

Anda berkata "Terima kasih atas nasihat saudari pada artikel sy mengenai hukum bersalam.... adapun artikel ini adalah untuk sy mengingat diri sendiri....

Sy akui selepas itu sy lebih berhati2.... hanya sy telah mengambil keputusan ketika itu dalam masa bebarapa saat berdasarkan ingatan bacaan sy yg umum ketika itu..... kalau ianya berlaku pada saat ini , pastilah sy mengambil keputusan yg lain. Itulah gunanya kita saling mengingat....

Sy jujur dalm penceritaan untk mengelakkan sifat hipokrit.... dan berharap benda ini tidak berulang kembali kepada saya ataupun mana2 sahabat lain...
Dalam kesimpulan sy telah meletakkan pemberat saya selepas apa yg berlaku kepada saya.."


Ismail, banyak hukum Islam yang tak boleh dipakai lagi. Seperti orang perempuan tak boleh pakai seluar jeans dan tak boleh ambil gambar manusia. Jadi jangan percaya sangat pada perempuan jalang internet yang ingin mendapat perhatian dari lelaki seperti warda.

Perempuan di budaya arab adalah milik lelaki untuk dinikmati dan disetubuhi. Jadi kalau hang dengar ckp perempuan memanglah hang ni dayus..

Belajar ugama dari budak pompuan yang hang tak kenal tauliah negeri selangor pun tak ada..

takde salah bersalaman dengn pompuan. ni zaman moden banyak ugama dan bangsa di malaysia.