Friday, January 08, 2010

Siapa itu kawan...

Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh disana.... kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,
Kawan tu tak kisahlah camner..
"walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!!

Monday, September 14, 2009

3 Cara Untuk Melatih Kekuatan Minda

Lebih banyak Anda menggunakan minda, lebih tajam pemikiran Anda, lebih banyak idea-idea kreatif tercetus tetiba. Berfikir lebih banyak, membayangkan sesuatu lebih banyak dari biasa dapat mengaktifkan minda, tapi tak akan menjadikan Anda gila atau “mereng” seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang skeptik dan orang-orang pesimis.

3 cara berkesan melatih kekuatan minda adalah:

1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas - latih diri Anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.

Misalnya, 12X36, 35+42, 342-177. Selesaikannya melalui bayangan minda atau melalui tulisan di atas kertas.

Lakukan dengan pantas!

Lebih banyak Anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda Anda semakin bertenaga, aktif, semakin tajam.

2. Bersuara dengan kuat - menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara Anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.

Pergerakan darah Anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh Anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.

3. Pernafasan terarah
- Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.

Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda Anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.

Bagaimana yang dikatakan minda yang kuat?

Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat, memperoleh gerak hati yang tajam.

Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif Anda.

Lagi satu, Anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa Anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya.

Anda sungguh bertuah, sebab maklumat ini tak didedahkan ditempat lain.

Gunakan ia sebaik mungkin.

lawak...gila...!!

"Nak kena jentik lagi"

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego
lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda
mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda
ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai
giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh
panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi lagu Hattan dia nyanyi ...itu
pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya
dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini
telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang
dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan
bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus duduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la
agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti
hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka
bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"